Tuesday, December 30, 2008

hari ini hari terakhir 2008......

hari ini hari terakhir 2008....

tahun yang ku kira penuh dengan tangis dan tawa
aku belajar menjadi insan yg memahami karma
memahami bahawa hidup ini bukan selalunya pahit

dahulu..
aku mulakan tahun ini dengan hati yg punah
aku berpayahan mengutip kekuatan untuk aku pujuk hati
hati yang remuk dikecewakan
aku berbicara pada diri sendiri agar meyakini
bahawa bukan semua kaum ini menyakitkan
lantas aku teruskan langkah
untuk mencari kepastian dlm hidup

namun utk kesekian kalinya
aku dilukai lagi
kali ini semakin pedih dan parah
aku dilukai kerana kelemahan sendiri
terlalu percaya kerana aku terlalu bodoh
aku jatuh lagi
namun itu bukan satu sesalan
kerana aku belajar lagi dr kesilapan..

dlm kelapan dan kepayahan itu
aku lihat dlm samar
ade tangan dihulurkan
pada mulanya aku gusar..
aku takut tgn itu adalah tangan penuh lumpur
yg akan sekali lagi mengotori jalanku
namun semakin ku tolak dia semakin dekat
semakin dekat dan semakin menyinar
sehingga aku xmampu menghindar dari kilauan sinarnya...

kini aku hidup bersama sinar itu
sinar yg aku harap tidak akan padam
sehingga akhir nafasku...

selamat datang 2009...
azamku hanya utk terus mengecapi bahagia ini
dan berjaya dlm cita2

semoga thn 2009 nnt juga
akan membuka jalan utk semua keluarga rakan-rakanku
mengecapi bahagia
amin.....

5 comments:

CikPiN said...

peach jiwang!

peja said...

yer...
aku jiwang dan sentimental...

Unknown said...

ohohohoh..
aku terposona
bahasa..
pehh
aku rs puan 2 silap bg ko B utk BM..ahahaha

chEntA said...

Moga 2009 lbey bermakna bg diri kamoO!!~

peja said...

bit -> dulu aku lemah BM..skang br improve sejak aku dpt B jen dpt A! malu siot!

chenta -> thank u miss chenta..harap kamu juga begitu yer..